Pages

Tuesday, 12 April 2016

GrabCar Dan Uber



Dulu tiada Grabcar atau Uber. Yang selalu kita dengar adalah kereta sapu. Tetapi sekarang kereta sapu telah di 'upgrade' ke tahap yang dapat dicapai dengan mudah melalui Smartphone? Bagaimana Grabcar dan Uber ini berfungsi? Saudara/i boleh melawat laman web kedua-dua aplikasi ini iaitu https://www.uber.com/ dan juga https://www.grab.com/my/car/ untuk maklumat lanjut. Grabcar dikenali seblum ini sebagai Grabtaxi dan ditubuhkan di Malaysia pada 2011. Grabtaxi ditubuhkan oleh Anthony Tan and Tan Hooi Ling dan beribu pejabat di Singapura. Boleh rujuk di https://en.wikipedia.org/wiki/Grab. Uber pula ditubuhkan oleh Garrett Camp, dan Travis Kalanick pada 2009. Ibu Pejabar Uber di San Francisco, California, Amerika.


Penumpang yang hendak menaiki Grabcar dan Uber perlu mendaftar secara online dan menggunakan aplikasi Grabcar dan Uber pada smartphone masing-masing. Tanpa smartphone, aplikasi ini tidak boleh digunakan kepada penumpang yang ingin mendapatkan perkhidmatan Grabcar dan Uber. Grabcar membolehkan penumpang membayar melalui tunai atau kredit kad manakala Uber, penumpang hanya boleh membayar melalui kredit kad. Tiada transkasi tunai oleh Uber seperti yang disediakan oleh Grabcar. 
 
 
 
 
Kelebihan Grabcar dan Uber ini adalah kerana tambang yang murah dan berbaloi, penjimatan masa menunggu dan pemandu boleh dikenali melalui sistem online. Jika pemandu melakukan perkara-perkara yang tidak diingini, penumpang boleh melapor terus ke Grabcar dan Uber. Jika didapati pemandu bersalah, pemandu boleh di 'banned' seumur hidup dari Grabcar atau Uber.
 
 
 
 

 

BABY GEAR ABID DUBIES

Sebelum heroes kami lahir, kami suami isteri telah menyediakan kelengkapan Baby Gear untuk Abid Dubies, Pelbagai review telah kami lakukan dari pelbagai blog untuk melihat kepuasan pengguna. Antara brand yang telah kami review adalah Easywalker Mini Buggy, Mclaren, Sparco, Quinny, Babyzen Yoyo. Perbandingan termasuk dari segi material yang digunakan, keselesaan padi heroes kami dan harga yang sesuai.







Easywalker Mini Buggy
Dan selepas berbincang panjang, kami suami isteri memilih Easywalker Mini Buggy sebagai stroller untuk Abid Dubies. Semoga Abid Dubies selesa. Boleh layari laman web http://easywalker.nl/ untuk maklumat lanjut tentang waranti dan aksesori untuk stroller ini. Easywalker mini buggy ada 5 color dan kami telah memilih warna hitam. Sesuai dengan Abid Dubies.


Dan kami suami isteri telah memilih Car Seat Sparco F500k untuk Abid Dubies. Car seat ini sesuai untuk Newborn sehingga 4 tahun. keselamat Abid merupakan tanggungjawab kami suami isteri. Untuk Abid, Mummy dengan Daddy sanggup lakukan apa saja.




Terdapat 3 color dan kami telah memilih warna merah. Ajet-ajet garang.. hihihi Boleh layar laman web http://www.sparco.it untuk sebarang maklumat dan waranti yang disediakan oleh Sparco Italy.

Sunday, 10 April 2016

PROJEK COOKIESRAYA 2016

Assalamualaikum..

Entri kali niy MD nak share dengan anda semua berkenaan dengan cookies(biskut) raya. Alhamdulillah pejam celik pejam celik, lagi sebulan kita nak sambut Ramadhan. Kejap je masa berlalu kan. Insyaallah, Ramadhan tahun niy jika di beri kesempatan selain membaking dan membuat tempahan di rumah, MD nak bertapak di Expo pulak. Nak mencuba nasib la katakan..rezeki ada di mana-mana,yang penting niat dan usaha tu wajib ada.selebihnya tawakal pada Allah.smile emoticon. Hah, jom tengok senarai cookies yang tercalon dalam list MD kali niy.*separuh dari gambar cookies MD pinjam dari pelbagai sumber. hehehe..
1) TROPICAL RAINBOW

2) HONEY LIME CORNFLAKES

3) SNOW SUJI ARAB

4) GOLDEN NEST

5) ALMOND LONDON

6) TRADITIONAL PEANUT

7) RED VELVET WHITE CHOC.CHIPS

8) PINEAPPLE ROLL TARTS

9) MAKMUR

10) OAT MONSTER

11) BUTTERMILK SEMPERIT

12) TIRAMISU

13) RED RUBY





14) OREO BLACK BEAUTY


Wednesday, 30 March 2016

Percutian Family Ke Cameron Highland

,
Bergambar Di Lavender Farm

Bercuti bersama family merupakan masa yang amat berharga. Tidak kira bercuti di dalam negara mahupun di luar negara. Bagi aku, ia merupakan detik yang paling indah dalam hidup ini.

Kami se"family" telah pergi bercuti di Tanah Besar Cameron Highland pada 12 November 2015. Kami melalui Tapah untuk ke Cameron Highland sebab kami dari Kuala Lumpur. Tanah runtuh dan hujan lebat menggangu perjalanan kami sekeluarga semasa dalam perjalanan. Alhamdulillah perjalanan kami selamat sehingga ke Tanah Tinggi. Kami bermalam di Kuarters Bomba Brinchang selama 2 hari 1 malam.

Lavender Farm
Bergambar Bersama Mak Mertua



















Lavender Farm, Ladang Teh dan juga Ladang Strawberi merupakan tempat yang pastinya dilawati jika datang ke Cameron Highland. 
Kenangan terindah ini pasti akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Alhamdulillah sebab saya ada mertua yang AWESOME.......

Wednesday, 16 March 2016

"Heroes" a.k.a Putera Kami




24 Ogos 2015 merupakan tarikh yang begitu penting dalam hidup kami. Pada tarikh inilah putera kami dilahirkan. Abid Dubies, nama diberi yang membawa maksud PAHLAWAN ARAB YANG BERIBADAH.

Abid Dubies dilahirkan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor. Luaskan Kuasamu :) JDT la sangat :p Harapan nak sambut baby Merdeka tapi tak kesampaian sebab Abid Dubies tak sabar nak tengok dunia awal. hihihi...



Kehadiran Abid Dubies memberi sinar bahagia dalam keluarga kami. Nangis tawa Abid Dubies menjadi semangat kepada kami dalam menempuh hari-hari yang mendatang.



Sesungguhnya kehadiran Abid Dubies sentiasa dinanti dari awal lagi oleh kami......





Gerbang Pintu Bahagia