Dulu tiada Grabcar atau Uber. Yang selalu kita dengar adalah kereta sapu. Tetapi sekarang kereta sapu telah di 'upgrade' ke tahap yang dapat dicapai dengan mudah melalui Smartphone? Bagaimana Grabcar dan Uber ini berfungsi? Saudara/i boleh melawat laman web kedua-dua aplikasi ini iaitu https://www.uber.com/ dan juga https://www.grab.com/my/car/ untuk maklumat lanjut. Grabcar dikenali seblum ini sebagai Grabtaxi dan ditubuhkan di Malaysia pada 2011. Grabtaxi ditubuhkan oleh Anthony Tan and Tan Hooi Ling dan beribu pejabat di Singapura. Boleh rujuk di https://en.wikipedia.org/wiki/Grab. Uber pula ditubuhkan oleh Garrett Camp, dan Travis Kalanick pada 2009. Ibu Pejabar Uber di San Francisco, California, Amerika.
Penumpang yang hendak menaiki Grabcar dan Uber perlu mendaftar secara online dan menggunakan aplikasi Grabcar dan Uber pada smartphone masing-masing. Tanpa smartphone, aplikasi ini tidak boleh digunakan kepada penumpang yang ingin mendapatkan perkhidmatan Grabcar dan Uber. Grabcar membolehkan penumpang membayar melalui tunai atau kredit kad manakala Uber, penumpang hanya boleh membayar melalui kredit kad. Tiada transkasi tunai oleh Uber seperti yang disediakan oleh Grabcar.
Kelebihan Grabcar dan Uber ini adalah kerana tambang yang murah dan berbaloi, penjimatan masa menunggu dan pemandu boleh dikenali melalui sistem online. Jika pemandu melakukan perkara-perkara yang tidak diingini, penumpang boleh melapor terus ke Grabcar dan Uber. Jika didapati pemandu bersalah, pemandu boleh di 'banned' seumur hidup dari Grabcar atau Uber.