Pages

Wednesday, 30 March 2016

Percutian Family Ke Cameron Highland

,
Bergambar Di Lavender Farm

Bercuti bersama family merupakan masa yang amat berharga. Tidak kira bercuti di dalam negara mahupun di luar negara. Bagi aku, ia merupakan detik yang paling indah dalam hidup ini.

Kami se"family" telah pergi bercuti di Tanah Besar Cameron Highland pada 12 November 2015. Kami melalui Tapah untuk ke Cameron Highland sebab kami dari Kuala Lumpur. Tanah runtuh dan hujan lebat menggangu perjalanan kami sekeluarga semasa dalam perjalanan. Alhamdulillah perjalanan kami selamat sehingga ke Tanah Tinggi. Kami bermalam di Kuarters Bomba Brinchang selama 2 hari 1 malam.

Lavender Farm
Bergambar Bersama Mak Mertua



















Lavender Farm, Ladang Teh dan juga Ladang Strawberi merupakan tempat yang pastinya dilawati jika datang ke Cameron Highland. 
Kenangan terindah ini pasti akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Alhamdulillah sebab saya ada mertua yang AWESOME.......

Wednesday, 16 March 2016

"Heroes" a.k.a Putera Kami




24 Ogos 2015 merupakan tarikh yang begitu penting dalam hidup kami. Pada tarikh inilah putera kami dilahirkan. Abid Dubies, nama diberi yang membawa maksud PAHLAWAN ARAB YANG BERIBADAH.

Abid Dubies dilahirkan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor. Luaskan Kuasamu :) JDT la sangat :p Harapan nak sambut baby Merdeka tapi tak kesampaian sebab Abid Dubies tak sabar nak tengok dunia awal. hihihi...



Kehadiran Abid Dubies memberi sinar bahagia dalam keluarga kami. Nangis tawa Abid Dubies menjadi semangat kepada kami dalam menempuh hari-hari yang mendatang.



Sesungguhnya kehadiran Abid Dubies sentiasa dinanti dari awal lagi oleh kami......





Gerbang Pintu Bahagia